Sunday 11 January 2015

BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (PART 4)


Hari Keempat

Kalau ikut perancangan asal, pagi ni terus ke Bandar Medan. Tapi disebabkan beberapa halangan yang tak diduga, aktiviti yang sepatutnya dilakukan semalam ditunda ke pagi ni. Sebelum bertolak...sarapan dulu...

















 











 











 

Selepas sarapan, bergambar dulu di sekitar hotel ni...














 





Disimbah sinar sang suria...ni bukan edit tau... ;)






 



















 


Kemudian..kitorang berangkat ke Bukit Gundaling, Berastagi. Di sini, aktiviti yang biasa disertai ialah sama ada naik kereta kuda atau naik kuda. Of course lah kitorang memilih untuk naik kuda kan...bila lagi nak merasa jadi koboi..hehe... Sebelum naik kuda..kitorang jalan-jalan dan bergambar lagi kat kawasan bukit ni..

 Kat belakang tu..nampak tak gunung? Tula Gunung Sinabung. Difahamkan, gunung ni baru je meletus Disember yang lalu..kiranya belum sampai sebulan pun lagi.. Masih nampak asap keluar tu kan...Sebab tu juga..kawasan kat sini agak berdebu. Gunung berapi ni mula menunjukkan tanda-tanda aktif sejak September 2013 setelah tidur selama 3 tahun. Sebelumnya, Sinabung tidur selama 400 tahun dan merupakan satu daripada 130 gunung berapi aktif di Indonesia ( Sumber: http://www.bbc.co.uk/indonesia/berita_indonesia/2013/12/131231_sinabung_ungsi)
 

Best naik kudaaa!!!











Berkuda, kitorang dibawa pusing sekitar Bukit Gundaling. Memang puas hati lah..ada dalam 2 jam jugak la kitorang naik kuda ni. Yang kesiannya, kitorang naik kuda..tapi penjaga-penjaga kuda ni berjalan kaki dan berlari. Memang kuat la stamina diorang ni. Tapi agaknya.. dah alah bisa tegal biasa dah..lagipun tu je lah sumber rezeki diorang. Nanti kitorang dibawa ke kawasan penanaman buah-buahan. Di sini ala-ala Cameron Highlands la..ada tanaman strawberi, sayur-sayuran, markisa, limau madu, pisang kaki dll.

 
 

Dalam perjalanan, kitorang singgah di tempat pemerahan susu kuda. Nak minum susu kuda??? Macam loya je tekak nak minum. Tapi..kalau tak minum macam rugi pulak. Bila lagi nak try kan? Tambah-tambah diorang cakap susu kuda ni banyak khasiatnye. Aku ni bab-bab kesihatan ni memang suka lah kan. Masa kitorang order tu ...masa tu baru diorang perah. Uiii..bila tengok diorang perah directly daripada kuda masuk dalam gelas...memang tak lalu wehh..Tapi paksa diri telan. Hmm...rasa not bad..memang tak de bau langsung..lemak berkrim. Harga mahal juga..tapi jangan tanya berapa..memang dah lupa..hehe..



Kita minum duluuuuu..!!!


Sampai di kawasan penanaman strawberi. Kesian kan pokok-pokok ni..semua diselaputi debu gunung berapi. Buah pun tak banyak sangat tinggal. Kitorang boleh petik sendiri. Jom petik strawberi!




















Ok..tamat sudah aktiviti di sini. Sebelum berpisah..bergambar dulu dengan penjaga kuda ni. 


 Lepas tu..kitorang terus bergerak ke Bandar Medan. Haha ..baru perasan..watermark gambar-gambar ni dah merepek dah..caca marba..ting tong dah...Sambung di part 5 (akhir) ye...



1 comment:

  1. salam..kami ada menyediakan ground pakej ke Medan dengan harga yang murah paling penting sangat puas hati.. :)
    mai nanti just bawak duit shopping je :)
    tak yah dah pikir hotel, transport, makan.. semua kami uruskan ;)

    whatsapp :012-6047593

    ReplyDelete