Thursday, 1 January 2015

BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (PART 1)




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua. Lama sungguh nak boleh ke update blog ni…bz lah katakan…kali ni nak share pasal percutian ke Medan Januari 2014 yang lalu. Dekat setahun laa ku peram buat pekasam..hehe. Entry ni specifically dedicated to my sis..Bizura Azira yang lama dah suruh aku share dalam blog ..and also my friend, Nur Azlin.. yang tanya aku pasal percutian ke Medan memandangkan dia nak gi bercuti dengan family dia. Pertanyaan dia lah yg sparked my interest utk. buka balik fail foto percutian ke Medan ni.

Aku bercuti di Medan pada 22- 26 Januari 2014 (5 hari 4 malam) menggunakan travelling agent: Medan Homestay and Transport. Kalau sape2 nak bercuti ke sana ..leh add FB ni and communicate dengan Faisal. For me, service dia memang ok..tiap kali tanya soalan kat FB..cepat je balas..harga pun berpatutan, tempat penginapan yang disediakan sangat selesa dan tempat makan yang dibawa pun sedap2.  Total harga pakej untuk 5 hari 4 malam untuk 3 orang: RM2040.
Hari Pertama




 
Flight petang..3.55 p.m... Ni satu kesilapan juga lah..bila amek flight petang..sampai Kualanamu Airport pun dah lewat petang..rugi 1 hari perjalanan…masa banyak habis dalam perjalanan sebab jarak dari satu tempat ke tempat yang lain tu jauhhh…so better korang amek flight awal-awal pagi.  Selepas melepasi Imigresen yang dijaga oleh pegawai2 yang amat tak friendly.. a.k.a kerek…ketibaan kitorang ditunggu oleh seorang supir (driver) yang baik tapi agak pemalu, Agus namanya. Hari pertama ni kitorang terus ke Danau Toba, Parapat. Jenuh wei nak boleh ke sampai Parapat..perjalanan lebih kurang 6 jam. Malam baru sampai. Kitorang makan malam dalam perjalanan.
 



   
 
Makan malam dalam perjalanan ke Parapat...tak ingat nama kedai ape..makan burung puyuh goreng..sedap juga


Di Parapat, kami bermalam di Danau Toba International cottage. Sampai pun dah lewat malam…so aktiviti malamnye..tido jelaa. Bilik selesa walaupun takde aircond..tak panas pun. Gambar bilik lupa nak ambil. Kitorang bermalam di Parapat dua malam.

1 comment:

  1. salam..kami ada menyediakan ground pakej ke Medan dengan harga yang murah paling penting sangat puas hati.. :)
    mai nanti just bawak duit shopping je :)
    tak yah dah pikir hotel, transport, makan.. semua kami uruskan ;)

    whatsapp :012-6047593

    ReplyDelete