Saturday 11 October 2014

PCOS - Masalah Kesihatan Wanita



Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal masalah kesihatan yang aku mentioned sebelum ni. Bukan penyakit berjangkit, mahupun penyakit kronik, namun mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain jika tidak dirawat. Nama masalah kesihatan ini ialah Polycystic ovarian syndrome (PCOS). Ape kebendanya PCOS ni? Jap lagi aku citer. Disebabkan masalah inilah, aku belum lagi dikurniakan zuriat. Till now, almost 7 years already..huhu. Macam-macam ikhtiar dah buat.  Pelbagai kata-kata sinis dan pedih daripada mulut-mulut yang takde insurans yang dah singgah kat telinga ni..malas nak citer..tak nak spoil mood dengan cerita-cerita sedih. So, straight to the point..what is PCOS?? Mungkin ada yang tahu, ada yang memang tak tahu dan ada juga tak sedar yang dirinya menghidap masalah ini.  Mengikut statistik, 1 daripada 15 wanita menghidap PCOS dan merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita pada usia subur. 

APA ITU PCOS?
PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah di antara penyebab utama ketidaksuburan.  Gejala PCOS boleh terjadi seawal haid pertama kali bermula.



Apakah kesan PCOS dan bagaimana ia mempengaruhi kesuburan ?
 

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar ini berperanan mengawal rembesan hormon ke seluruh tubuh kita. Ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari menyebabkan folikel-folikel yang terbentuk pada awal kitaran haid gagal matang. Jadi, telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Apabila tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesteron adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestron menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Apabila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat. 

Ramai juga pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan folikel gagal matang ..maka terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.



Apakah ciri-ciri/simptom-simptom PCOS?
1. Ketidaktentuan atau tiada ovulasi :
Ditunjukkan dengan kitaran haid  tidak menentu atau langsung tiada sampai berbulan-bulan (amenorea).
Kitaran panjang (>42 hari),darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang boleh menyebabkan anemia.

2.  Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” 
"Hyperandrogenism” adalah keadaan di mana hormon androgen/testosterone(hormon lelaki) yang tinggi dalam darah. Ini berpunca dari peningkatan hormon LH yang merangsang sel-sel theca pada ovari untuk menghasil lebih androgen.
·           Ciri-ciri hyperandrogenism: 
-          jerawat
-          alopecia(botak)
-          hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di muka,dada dan perut). 

3.  Ultrasound menunjukkan ovari mempunyai banyak cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovari membentuk satu “rantaian kalung mutiara.”. Pada setiap ovari terdapat lebih daripada 12 cyst kecil ini dan kedua-dua ovari bersaiz besar.




4.  Warna kulit gelap di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha.

5. Rintangan Insulin 

 Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan insulin tidak dapat  digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih banyak lagi insulin.

6. Obesiti 

Obesiti PCOS adalah obesiti sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin. 

7.Masalah jerawat yang teruk dan kronik


Apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi menguji PCOS?

·         Paras serum hormon LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·         Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
·         Ultrasound pelvis

Apakah risiko PCOS?

Pengidap PCOS berisiko untuk mendapat/menghadapi :
- kencing manis.
- penyakit jantung
- tahap kolesterol yang tidak normal
- tekanan darah tinggi  
- “Hyperplasia” dinding rahim dan boleh menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama.


Bagaimana PCOS dirawat?
 
Punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS dikatakan masalah yang dialami sejak dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS dapat dikawal.

Memulihkan masalah haid 

Terdapat pelbagai cara/rawatan yang disarankan untuk memulihkan masalah haid. Di antaranya adalah:
-          Menurunkan berat badan kepada berat yang ideal dengan pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Menurut pengalaman seorang doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arsyad , lebih 90% pengidap PCOS gagal menurunkan berat badan mereka. Namun, berbalik kepada keazaman, di mana kemahuan, di situ ada jalan kan? Insya Allah..usaha..doa ..tawakkal.

-          Rawatan yang biasanya diberikan di hospital/klinik: 
Ø  Pil perancang keluarga
Ø  Metformin
Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormon androgen. Metformin boleh menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Ø  Ubat subur seperti clomid atau Gonal F untuk mencetuskan ovulasi. Kadang-kadang, bila ubat subur tidak begitu efektif, ovarian drilling mungkin disarankan untuk memecahkan cyst cyst kecil pada ovari.
-   Rawatan alternatif 
Ø  Herba 
Ø  Supplements