Saturday, 10 January 2015

BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (PART 3)


Hari Ketiga

After breakfast, kitorang siap-siap untuk ke destinasi seterusnya...BERASTAGI..aku datang!! Hehe..sebelum berangkat..sempat lagi berposing kt depan cottage ni...ye la ..sayang ape nak tinggalkan tempat ni..















Perjalanan ke Berastagi bermula...ditemani pemandangan yang indah sepanjang perjalanan...dan bermula jugalah perjalanan yang mencabar...Sebelum ke Berastagi, mengikut perancangan, kami akan singgah di Air Terjun Sipiso.

Bangunan apa kah ini..sudah ku lupa..rumah ikan ke ape ntah











Banyak pokok kopi yang ditanam di tepi-tepi jalan dalam perjalanan











Berhenti tepi jalan..menikmati keindahan pemandangan alam ciptaanNya..Tasik Danau Toba































Walaupun terpaksa mengharungi jalan yang bengkang bengkok..pemandangan kiri dan kanan jalan nan indah menjadi penyeri yang mengalihkan perhatian terhadap kepeningan kepala kami dan menjauhkan kebosanan dek perjalanan yang jauh dan berliku-liku...

Pemandangan semak samun sepanjang jalan pun ku lihat indah



























Dalam keasyikan lontaran pandangan pancaindera kami terhadap lukisan alam ini..cabaran baru bermula...Jalan yang biasa digunakan untuk ke Air Terjun Sipiso dan Berastagi tak dapat dilalui..ada pokok tumbang yang menghalang jalan. Terpaksa si Agus mengambil jalan alternatif ...yang lagi mencabar ..dan juga lebih jauh...Jalan bukan saja berliku-liku..tapi juga berlopak sana sini..agaknya kalau dapat kelajuan 40km sejam pun dah cukup laju...waaa...bila nak sampai niiiii..! Jalan yang sempit dan melalui rumah-rumah masyarakat kat sini..

Rumah-rumah ni betul-betul depan jalan yang kitorang lalu














Kalah piring astro..besar sungguh...
Kedai kopi agaknya ni...


Comel juga rumah ni...






































Daripada kawasan rumah orang..macam-macam kebun kitorang lalui ..kebun jagung lah..kebun pisang lah..sawah padi lah..kebun teh lah..tapi tak sampai-sampai Air Terjun Sipiso ni...kematu jugak bontot kitorang dengan perjalanan yang terhentak-hentak...even if mengantuk pun tak dapat nak tidoo..Perut pun lapar lah weh...nasib baik semalam beli roti kat Indomaret..boleh la sekadar nak alas perut..


Kebun teh..
Sawah padi..






















Pemandangan yang tak pernah nampak kat Malaysia..budak-budak sekolah naik van macam ni...atas bumbung van pun boleh..






Ni dah tiba di jalan besar...nampak view yang cantik lagi...
































Takkan tengok aje...berhenti laa..photo shoot jap..hehe..



















Tu dia..kalau cakap ni kat Europe pun korang percaya kan..kikiki..





























Akhirnya..sampai juga kitorang di Air Terjun Sipiso ni..Air terjun ni dikatakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara...120 meter kalau tak silap..




 








Ehh..kata 120 meter..satu jengkal pun tak sampai ni....hehe..





























Tasik Danau Toba...nun di bawah sana..sayup mata memandang



















Really like this view..nice shot kan..;)
Ku lihat hijauuuu....
Lunch kat sini...



 Burpp..Alhamdulillah..dah kenyang..jom bertolak ke Berastagi...Dah nak masuk kereta..sekali alarm kereta berbunyi-bunyi..tak boleh start kereta..huaaa..ape hal pulak ni..kereta buat drama pulakk..huhuhu...


En. Abang terbelek-belek macam reti jaaa...hihi..


Berjam-jam juga kitorang stuck kat sini. Dah tu macam mana? Takkan nak tido kat sini? Dah la tadi perjalanan dah delay sebab pokok tumbang..ni kereta pulak takleh nak start..banyak plan hari ni tak dapat dilaksanakan. Apa yang boleh dipuji di sini, orang-orang kat sini quite helpful..walaupun tak dapat selesaikan masalah ni ..but at least..they were concerned. They came to gave their hands..cuba macam tu ..cuba macam ni..tapi semua tak berhasil. Berdoalah banyak-banyak.. and at last...Alhamdulillah..Agus juga yang dapat selesaikan masalah ni..apa yang digodek nya ntah..tak kisahlahh..janji kereta ni dapat bergerak..oh syukuurr..!Phewwww. So..bergerak sekarang! Ke Berastagi kitaaa!


Sampai di Bukit Gundaling, Berastagi pun dah petang sangat dah..tak sempat dah nak ronda-ronda, naik kuda as planned..just singgah untuk beli buah (avokado semestinya!). Kat pasar dia ni ada jual buah limau, avokado,strawberi, mangga, ubi-ubian, lobak merah etc. Avokado kalau kat Malaysia..sebiji RM 3-5 sebiji. Kat sini...sudah pastinya murah..harga dah tak ingat tapi still tak lupa yang aku beli avocado dan pisang kaki..sumbat dalam kotak..ishh..banyak juga..lebih 5kg rasanya..baru dalam RM50 gitu..










 

Ni bukan tepung gomak yer..pisang kaki
 Pisang kaki kat sini disalut dengan kapur..katanya nak bagi manis..kalau tak..rasanya kelat. Pisang kaki pun nak pakai bedak u olls..hehe.







Buah avokado yang dah cukup masak warnanya coklat gelap.


























Di Berastagi, kitorang menginap di Hotel Mikkie. Wahh...memang best hotel ni..cukup besar dan selesa.

Thursday, 8 January 2015

BERCUTI DI MEDAN, INDONESIA (PART 2)

Hari Kedua



Sarapan nun di atas bukit..view cantik juga..depan ada swimming pool. Pilihan tak de la macam-macam..kena pilih sama ada nak nasi goreng ke atau bihun goreng. Lepas sarapan..berposing dpn swimming pool...layan je la yer..hehe..


Di tepi swimming pool berlatarbelakangkan tasik Danau Toba
 
 

Selesai feeling2 depan swimming pool..kitorang turun bergambar di sekitar Danau Toba International Cottage pulak..jom layan lagi...zazzzz...



Kitorang stay kat dalam bilik berbumbung tajam ni lah.



 
Menuju ke tempat menaiki feri



Keadaan dalam feri
Dalam feri menuju ke Pulau Samosi

Jauh merenung dekk..
Lihatlah keindahan tasik Danau Toba yang membiru ni...saujana mata memandang...
Subhanallah..indahnya lukisan alam Mu

 Lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki feri (kalau tak silap lah..) sampailah kami di Kampung Tomok, Pulau Samosir yang majoriti didiami kaum Batak Toba.




Kat sini..kitorang singgah di gerai jualan pakaian dan cenderahati. Kain-kain dan pakaian kat sini takde la murah macam di Bandung. Cenderahati pun mahal juga. Kalau nak membeli di sini ..kena berhati-hati juga. Diorang bermulut manis..jangan sampai tertipu..kita kadang-kadang confius dengan harga bila nak convert ke RM. Penjual pulak merayu-rayu minta kita membeli. Kalau ikut perasaan tak sampai hati tu..mahu rabak duit tu karang. So ..kena keraskan hati jugalaa. Kalau nak tawar-menawar tu, make sure barang tu memang kita nak beli. Masa nak tawar-menawar tu jangan lupa sebut "horas".. nanti diorang bagi kurang sikit harganya.


Menuju ke Museum Batak Samosir
Dalam Museum Batak Samosir







Selesai ronda-ronda di Pulau Samosir, kitorang balik semula ke Parapat dan lunch kat Restoran Istana Minang. Kitorang tak menginap mahupun lunch kat Pulau Samosir kerana difahamkan kat sana kebanyakannya bukan Islam..jadi kedai yang jual makanan halal pun tak banyak. Kat Restoran Istana Minang ni..kitorang dihidangkan dengan juadah seperti dalam gambar kat bawah ni..dah lupa dah makan ape..tapi yang memang tak lupa ialah ikan pora goreng..bukan sebab sedap tapi namanya tu ..macam Kak Pora..hihi. Pastu punya la banyak hidangan..tukang makannye 3 orang jer. Agus tak nak makan sama walaupun jenuh kitorang ajak..memang supir dilarang makan bersama ..tapi kitorang tak kisah pun..




Air wajib order...jus alpukat (avocado)..memang sedap..memang kaww




Selain jus alpukat...jus yang memang sedap dan susah nak dapat kat tempat kita adalah...jus kuinin...perghh..memang pure.. nak order kat restoren ni tapi habis lah pulak kuininnye..


Selepas makan..kitorang balik semula ke Danau Toba International Cottage...rehat-rehat dulu. Aktiviti petang..swimminggg! Ini yang best bercuti bukan time peak season...kolam renang ni kitorang yang punya..yipeee...!!

Best...best..swimming sampai tangan kecut..dah la sejuk..

 Malamnya pula..dinner kat tempat yang sama dengan lunch siang tadi sebab kedai halal lagi satu tutup..huhu...itulah pula keburukan bercuti time orang lain tak cuti...tak banyak kedai buka..huhu