Dari Berastagi, kitorang gerak ke Bandar Medan. Lalu lintas agak sesak...Untuk pengetahuan semua, kalau tengok cara orang kat sini drive..memang mengucap panjang juga..Cilok mencilok tu memang biasa la kat sini..sipi je jarak antara satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Bunyi hon pun ibarat muzik jer ...dan diorang tak marah pun bila dihon..hon tu macam satu cara komunikasi antara pemandu..Kalau kat Malaysia buat macam tu..ada kena maki sat gi.
Tiba di Bandar Medan, kitorang makan tengahari di Lubuk Idai Indah.
![]() |
Ruang makan yang simple tapi bersih dan kemas. |
![]() |
Ikan tilapia bakar...sedap tapi senak perut nak habiskan..banyak gilerr.. |
Macam biasa..jus alpukat dan kuinin..pasni dah susah nak dapat... |
Lepas makan, kitorang ke Sogo jer..tak sempat nak ke tempat-tempat lain dah. Tak de shopping ape pun kat sini..lagipun harga lebih kurang Malaysia jer. Tapi ..aku ni macam biasa laa..ape yang berjaya menarik perhatian mata ku ni ...MAKANAN ler..hehe..tengok la roti-roti dia ni..semua macam sedap.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Es Teler...antara yang masuk dalam senarai untuk dicuba di sini. Macam mana la rasa es teler yang disebut-sebut orang yang pernah datang ke sini.
.jpg)
Inilah rupa es teler nyer. Hmm..bila dah rasa..sedap tapi biasa jer..hehe..sedap lagi snow ice dessert kat Johnny's. Es teler ni diorang letak isi nangka dalam tu. Tak pe la..at least kalau orang tanya..dah pernah rasa.
Do u see what i saw at the wall? Hehe..sengaja besarkan gambar ni...nasi goreng buntut...kikiki. Ni kat dalam kedai Es Teler tu la..tapi kitorang tak makan pun.
Lepas tu, kitorang terus bertolak ke hotel.. Antares Hotel namanya. Biliknya sempit sikit berbanding Hotel Mikkie tapi ..quite ok juga..selesa jer.
.jpg)
.jpg)
Bila malam..macam biasa, keluar makan lagi..
Ayam penyet |
Hari Kelima (Hari terakhir)
Sarapan dulu..pastu baru kitorang ronda-ronda Bandar Medan sekejap sebelum ke Airport.
.jpg)
Suasana di Bandar Medan di waktu pagi..masih belum sesak. |
.jpg)
Istana Maimun..dapat perhati dari jauh jer.. |
![]() |
![]() |
Batik...cantik juga tapi mahal..lebih RM100.. |
Bika ambon.. pun antara wajib beli kat sini..tapi aku tak beli pun..hehe..macam kek gula hangus je berlubang-lubang tapi warna kuning..Sedap lagi kek gula hangus..tapi still ada keunikannya tersendiri lah kan. Kalau ada jual saiz kecil nak juga beli bawa balik ..tapi ni besar gedabak..sape nak makan..takleh simpan lama pulak tu.
Kat kedai ni juga ada jual Kopi Luwak. Kopi Luwak ni tak pasti ada jual kat Malaysia ke tak..tapi kalau ada pun mesti lah mahal. Kat airport pun harganya ada yang cecah RM100. Kat kedai ni memang jauh lagi murah la..
Apa dia Kopi Luwak? Luwak tu musang. Kopi Luwak ialah kopi yang terhasil daripada biji kopi yang keluar bersama najis musang....erk? Boleh makan ke? Halal ke? Dari segi hukum, ulama'-ulama' figh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai bukan najis..dengan syarat hendaklah disucikan dahulu daripada najis (sumber: e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang). Maksudnya..halal lah kan..
Musang ni pandai tau..dia pilih biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan sebagai pencuci mulut. Memandangkan biji kopi yang dimakan oleh si luwak ni hanya yang terbaik, jadi ..kopi yang terhasil juga pastinya terbaik. Sistem pencernaan luwak tidak mencernakan biji kopi ni..hanya menjalani proses fermentasi atau penapaian semulajadi dalam perutnya..jadi biji kopi yang keluar bersama najis luwak ni masih dalam bentuk asalnya.
Kualiti biji kopi yang keluar tu sama dengan kualiti biji kopi yang difermentasi selama 5-8 tahun. Difahamkan, di Bandung ada sebuah warung kopi yang sangat terkenal iaitu warung Kopi Aroma. Warung ni ada jual biji kopi yang difermentasi selama 3-5 tahun, yang dikatakan dapat menghasilkan rasa dan aroma yang luar biasa. Namun, kualiti hebat ini dapat dikalahkan oleh kopi luwak.
Selain aroma dan rasa yang unik, kopi ini juga mengandungi kurang kafein (0.5% sahaja) berbanding kopi biasa (lebih daripada 2%) disebabkan oleh fermentasi dalam perut luwak tadi. Jadi, kopi ini sangat 'heart-friendly'. So, forget the process..just feel the taste!
Panjang pulak citer pasal kopi luwak ni. Cerita Medan ni pun dah nak berakhir dah. Kualanamu Airport dah melambai-lambai.
![]() |
Bergambar kenang-kenangan bersama pak supir yang baik...Agus. |
Bye2 Medan...terima kasih kerana merakamkan memori indah untuk dikenang. Andai ada rezeki dan peluang lagi..insyaAllah..kami datang lagi.